Pages

Wednesday 10 August 2011

Sama- Sama Kita Amalkan - Insyaallah

1.TINGKATKAN KEKERAPAN
- kerapkan penyusuan secara direct bila bersama bayi anda.
- kerapkan masa mengepam yg konsisten. Jika paling tidak sempat pun, pam 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung kan!
- cuba pam semasa bayi menyusu. Maksudnya bila bagi sebelah baby menyusu, yang lagi sebelah pam. Jika tidak sekali pun boleh buat sejurus selepas baby minum, terus pam.
- buat cluster pumping. Caranya sediakan pam semasa bersama bsyi, susukan baby setiap setengah jam atau sejam di samping mengepam. Lakukan selama beberapa jam sehari.
- Buat power pumping. Entry power pumping akan dikupas dalam next posting.

2. KOSONGKAN PAYUDARA
-Pam sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengosongkan payudara. Ambil masa selama 2-3 minit lagi untuk menunggu susu titisan akhir keluar di hujung pengepaman.
- Gunakan double pump jika ada. Jenis pam memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu.Double pump dikatakan dapat menghasilkan lebih banyak hasil berbanding single pump.

3. AMBIL SUPPLEMENT
- ibu menyusu dibolehkan mengambil supplement bagi merangsang dan mempercepatkan lagi penghasilan susu.Cobntoh supplement yang boleh diambil adalah dr Shaklee di mana ianya adalah natural supplement yang tiada mengandungi bahan kimia, dadah atau hormon yg akan mempengaruhi badan ibu dan bayi. Selamat digunakan tanpa kesan sampingan negatif.
creadit to permatacintaku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment