Pages

Tuesday 16 August 2011

Vitamin Yang Sesuai Semasa Hamil

Pemakanan seimbang sahaja belum mencukupi utk memastikan kandungan kita berkeadaan terbaik. Sebabnya adakah kita boleh menjamin yg apa sahaja kita makan adalah betul dan seimbang dr segi zatnya? Sebab tu kita dibekalkan pelbagai vitamin contohnya asid folik, kalsium dan multivitamin oleh doktor semasa mengandung.

Shaklee juga menyediakan vitamin-vitamin yang ibu perlukan semasa mengandung. Sebagai contoh kalsium dan multivitamin. Ostematrix (Kalsium) dan Vitalea(multivitamin) adalah penyelesaiannya. Jom kita tengok apa ada dalam set yang disyorkan semasa mengandung.


First trimester:
1. Vitalea
2. Ostematrix
3. Vitamin C
4. B Complex

Second Trimester:
1. Vitalea
2. Ostematrix
3. Vitamin C
4. B Complex
5. Omega Guard

Untuk mendapatkan consultation percuma berkenaan set ini, sila hubung saya melalui sms 012 6160671 atau email ke june261177@gmail.com
credit to wfatihanum

Sunday 14 August 2011

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP)
**Sangat bagus untuk diambil bagi mengekalkan tenaga sewaktu menjalani ibadah puasa.**
 
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat. 
 
Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
 
Perbezaan ShakleeSesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
 
Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
 
Fungsi Energizing Soy Protein
  • membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
  • kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
  • rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
  • protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
  • memberi tenaga
  • mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
  • membantu memekatkan dan perbanyakkan susu
Siapa Yang Boleh Ambil
  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Ibu dalam pantang
  • Mereka yang menghadapi kulit kusam, kering
  • Mereka yang ingin membina otot (body builder)
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan - perbaiki sel, enzim, horm
  • Mereka yang ada gastrik
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan
Cara Minum
  • boleh diminum begitu sahaja
  • boleh dicampur dengan Milo
  • boleh dicampur dengan susu contoh Anmum, Fernleaf, Omega 3
  • boleh dicampur dengan Oren Twister
  • boleh dicampur dengan kurma, susu dan diblend dengan ais
  • atau apa-apa sahaja mengikut kreativiti anda
Cara Bancuh
Ia dibancuh dengan air panas suam. Jangan bancuh dengan air panas kerana ia boleh merosakkan zat yang ada di dalam ESP ini. Ingin lebih sedap, boleh shake.
Credit to kedaiibu

Saturday 13 August 2011

Harapan Seorang Ibu..tiada lagi stress, susu pun bertambah banyak

Seminggu yang lepas saya dapat panggilan dari seorang ibu muda yang agak stress sebab dia dalam pantang 30 hari tetapi susu badan sangat kurang. Beliau hanya dapat tak sampai 1 oz sahaja setiap kali pam.Saya menolongnya apa yang patut terutamanya memberi sedikit nasihat berdasarkan pengalaman sendiri.

Memang agak stress tambahan lagi jika tiada sokongan orang sekeliling.Asal baby sakit je, kata susu tak cukup. Asal baby kembung je sebab susu ibu. Semuanya salah ibu. Stress kan? Macam ni la jugak kes customer saya ni bila dia stress orang cakap susu tak cukup, baby tak kenyang, patut top up susu formula.

Saya mencadangkan set Tripple M kepada beliau untuk membantu beliau dalam masalah susu kurang ni. Apakah yg ada dlm Triple M? Ini dia rupa Triple M.



Selepas satu minggu..jeng jeng jeng..inilah hasilnya:


Ibu-ibu yang lain bagaimana? Ingin merasai pengalaman seperti Lailah? Hubungi saya 012 6160671 atau email june261177@gmail.com untuk maklumat lanjut!
credit to permatacintaku

Hidangan Lengkap Di Bulan Puasa

Salam Ramadhan buat ibu-ibu semua. Macamana puasa harini? Harap semuanya berjalan lancar. Bagi ibu-ibu yang menyusu, teruskan berpuasa sambil maintain susu ye. Apa yang kita perlukan untuk memaksimakan tenaga dan maintain susu di bulan puasa?

Ini dia set-set yang sangat bermakna buat ibu-ibu sebab hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasai kehebatan set ini.Apa yang ibu perlukan adalah:

1. Energizing Soy Protein -Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
2. Performance Drinks - membantu mengurangkan dehidrasi dan rasa dahaga di bulan puasa.
3. Mealshake - mengandungi protein serta 12 vitamin dan 7 galian lengkap yang diperlukan tubuh.

Bukan ibu-ibu sahaja boleh amik semua ni, bapak-bapak pun dialu-alukan sama untuk sama-sama mendapat hasilnya. Pastinya puasa kali ini berbeza dr sebelumnya!Walaupun tak sempat sahur, hidangan ni sudah cukup untuk kita bertahan sampi waktu berbuka.





Hubungi saya dengan sms ke 012 6160671atau email june261177@gmail/com untuk maklumat lanjut.
Credit to Permatacintaku

Wednesday 10 August 2011

Set Breastfeeding for New Mom

Set Breastfeeding Shaklee dengan Alfalfa disediakan dalam bentuk Trial Pack B Shaklee (Breastfeeding Set) untuk kegunaan 30hari, sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Apa yang terdapat dalam Set ini :

trial pack breastfeeding shaklee


B Complex
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C)
Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen, bertindak sebagai anti-oksidan, bertindak mengikut pelepasan masa. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.


Dalam Trial Pack B Shaklee (Breastfeeding Set) saya menyedikan : 
  • 30 tablet of Vitalea@Multivitamin 
  • 30 tablet of B Complex 
  • 30 tablet of Vitamin C  
  • 90 tablet of Alfalfa

Lengkap untuk kegunaan 30 hari dengan harga hanya RM80 (postage free)
Jika anda inginkan dalam bentuk Full Set (botol) dengan harga RM241 termasuk postage.
  • 120 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 120 tablet B Complex
  • 180 tablet Vitamin C
  • 330 tablet Alfalfa 
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah berat badan bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

Walau bagaimanapun, haruslah diketahui oleh para ibu yang sedang mencari bantuan untuk menambah susu badan. Cara yang paling berkesan untuk membanyakkan susu badan ialah membanyakkan stimulasi (pam dan direct feeding). Sekiranya anda mengambil Set Breastfeeding ini, anda harus melakukan langkah-langkah tersebut untuk menggalakkan dan merangsang susu anda. Walau anda makan milk booster terbaik di dunia pun, jika anda tak pam dan jarang direct, tiada maknanya. Memang membazir dan tiada kesan seperti yang ibu-ibu inginkan.

Jika berminat boleh menguhubungi saya di talian 012 6160671(sms/call) atau email kepada june261177@gmail.com
credit to Metrobestmom.

Sama- Sama Kita Amalkan - Insyaallah

1.TINGKATKAN KEKERAPAN
- kerapkan penyusuan secara direct bila bersama bayi anda.
- kerapkan masa mengepam yg konsisten. Jika paling tidak sempat pun, pam 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung kan!
- cuba pam semasa bayi menyusu. Maksudnya bila bagi sebelah baby menyusu, yang lagi sebelah pam. Jika tidak sekali pun boleh buat sejurus selepas baby minum, terus pam.
- buat cluster pumping. Caranya sediakan pam semasa bersama bsyi, susukan baby setiap setengah jam atau sejam di samping mengepam. Lakukan selama beberapa jam sehari.
- Buat power pumping. Entry power pumping akan dikupas dalam next posting.

2. KOSONGKAN PAYUDARA
-Pam sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengosongkan payudara. Ambil masa selama 2-3 minit lagi untuk menunggu susu titisan akhir keluar di hujung pengepaman.
- Gunakan double pump jika ada. Jenis pam memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu.Double pump dikatakan dapat menghasilkan lebih banyak hasil berbanding single pump.

3. AMBIL SUPPLEMENT
- ibu menyusu dibolehkan mengambil supplement bagi merangsang dan mempercepatkan lagi penghasilan susu.Cobntoh supplement yang boleh diambil adalah dr Shaklee di mana ianya adalah natural supplement yang tiada mengandungi bahan kimia, dadah atau hormon yg akan mempengaruhi badan ibu dan bayi. Selamat digunakan tanpa kesan sampingan negatif.
creadit to permatacintaku.blogspot.com

Tuesday 9 August 2011

Set Vitamin Yang Sesuai Untuk Semua Golongan

Sebagai ‘newcomer’ dalam era pemakanan nutrisi, ramai yang tidak mengetahui tentang vitamin dan mineral yang sesuai dengan dirinya. Ramai yang mungkin ‘tersalah’ ambil vitamin, yang mana tidak mengambil jenis yang tubuhnya benar-benar perlukan. Misalnya seorang yang stress tapi tak ambil b complex. Malah, ramai yang tidak tahu vitamin dan mineral yang sesuai untuk mereka.
Oleh kerana itu kami telah menyediakan set-set yang mudah untuk dipilih mengikut kesesuaian, malah lebih mudah lagi kerana ia disediakan dalam bentuk trial pack yang memudahkan pengguna. Ia bukan saja lebih mudah dibawa, malah lebih mudah untuk digunakan oleh mereka yang tidak pernah mengambil supplement secara konsisten kerana semua vitamin dan mineral di-pek dalam bentuk yang mudah dibawa.
Jadi, set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Baca tentang kebaikan alfalfa di link ini. Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1 – set B1 adalah trial pack set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.
Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Buddy Pack – set jimat untuk pasangan suami isteri, kandungan vitamin dan mineral yang sama dengan set B.

Lover’s Pack – khas untuk pasangan suami isteri bagi menghangatkan lagi hubungan anda. set yang sama dengan Buddy pack, tambahan vita E.

Set di atas adalah set yang telah kami pakejkan untuk kemudahan pengguna. Namun sekiranya anda memerlukan atau mengalami masalah lain, anda boleh hubungi atau SMS saya di talian 012 6160671 atau email june261177@gmail.com
credit to metrobestmom

Ibu Menyusu Tapi Nak Diet

Berita baik utk ibu-ibu sekelian. Jgn risau walaupun menyusu kita tetap boleh maintain slim dan gorgeous. bagi yg dah amalkan Set B, pasti boleh merasai perubahannya.Buat ibu yg nak menjaga kesihatan di samping nak jaga body, dapatkan tambahan LECITIN dalam diet anda. Lecitin akan menyingkirkan kolesterol dan lemak dalam badan.Jom dapatkan sekarang dgn harga runtuh:
credit to metrobestmom.

Vitamin untuk kekal bertenaga di Bulan Puasa

Tibanya bulan puasa, mungkin merungsingkan sebilangan ibu yang menyusu kan? Mana nak fikir untuk diri sendiri, keluarga, baby yang ingin disusui. Sahur pula macamana nak dapatkan hidangan ringkas tapi berkhasiat. Jadi ibu-ibu jangan tunggu lagi, dapatkan set cadangan untuk persediaan puasa dari kami.it

1. Vitalea, B Complex, Vitamin C & ALfalfa ( set ini secara ringkasnya adalah set untuk menambahkan susu ibu yang paling basic)- mengekalkan kesihatan dan tenaga yang optimum pada ibu yang menyusu di samping keutamaannya untuk menggalakkan penghasilan susu.

2. ESP (energizing soy protein)- banyak khasiatnya boleh rujuk disini.

3. Performance Drinks - Dapat mengurangkan rasa dahaga sepanjang berpuasa. Juga sesuai diambil oleh encik suami.




Semua ini pada harga RM276 sahaja termasuk pos. Promosi hebat pada bulan ini. Harga biasa RM296 belum termasuk kos pos.Anda jimat berganda!
credit to mterobestmom

Seronoknya... Tiada yang mustahil dengan Shaklee

Gembira tak tengok kawan kita ni dapat hasil sebegini tidak sampai satu bulan. Antara sebab utama adalah hasil usaha keras dirinya menjaga 'asas penyusuan' di samping amalan mengambil supplement shaklee. Anda juga boleh sepertinya dengan syarat:

1. Pam, pam, pam...Sesibuk mana pun kita sila jangan abaikan sesi mengepam ye. TIADA ALASAN! Setiap dari kita dikurniakan hanya 24 jam sehari semalam, tiada yg lebih ataupun kurang. So, manage masa mengepam untuk hasil yang optimum. Ambil masa 2, 3 jam sekali mesti pam walau yg kita pam keluar angin pun. Lepas amalkan, insyaAllah hasilnya memang meletup kau memang the boom!

2. Jangan sesekali lupa hendak direct feed anak. Kalau tiada masa sekalipun, malam mesti direct feed sepanjang masa. Jangan abaikan yg ni sebab kesannya lama-lama susu makin kurang.

3. Amalkan jugak power pumping. Paling tak boleh pun seminggu 2x pun jadila. Yang ni sangat-sangat direkomen sebab hasilnya sangat memberangsangkan. cubalah kalau nak tau :)

jeles tak?


credit to metrobestmom


Set-set ini boleh diambil oleh semua golongan untuk kesihatan optimum. Dapatkannya sekarang sempena bulan puasa untuk memastikan kita sentiasa cergas dan dapat beribadah dengan sebaiknya,insyaAllah..

Hubungi saya dengan sms ke 012 6160671 atau email june261177@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Ibu Berkerja, Susu Bertambah

Kisahnya harini saya terima mesej dari seorang pelanggan saya yang bergelar doktor. Gembira rasanya dapat berkongsi kebaikan shaklee dengan insan lain yang bergelar ibu. Kepuasan tu sangat dirasai bila pelanggan berpuas hati kerana yakin dengan produk yang dibeli. Kita ikuti apa komen Doktor Zubee dalam wall fb saya.



Beliau ada menyatakan selepas dua minggu baru dapat melihat hasilnya.Perlu diingatkan hasil dan kesan pengambilan supplement ni tidaklah sama untuk setiap orang. Ada yg cepat, 3,4 hari dah dapat hasil. Ada yang seminggu baru nampak keberkesanannya. Yang pasti teruskan usaha dan amalkan tips-tips yang saya berikan. InsyaAllah jika diamalkan ibu-ibu semua akan mendapat hasilnya sepertimana rakan-rakan lain yang telah berjaya. Set tambah susu ini adalah vitamin semulajadi tanpa bahan sintetik/dadah/hormon yang boleh mempengaruhi fungsi tubuh. Sebab itu ianya tidak akan memberi kesan seperti magic. Percaya, usaha dan tawakal adalah kuncinya.

Ingin merasai pengalaman seperti Doktor Zubee? Jom dapatkan sekarang! Sms saya di 012 6160671 atau email june261177@gmail.com untuk tempahan

ESP Menganjalkan Payudara Ibu Menyusu



بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai lagi golongan ibu yang khuatir jika menyusukan anaknya, si ibu akan mengalami kekenduran payudara atau kata lain hilang keanjalan payudara.Adakah benar ini akan terjadi?

Begitu juga ada segelintir wanita yang takut untuk melahirkan anak, atas alasan ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Namun tidak dinafikan golongan kecil ini takut mengalamai perubahan yang drastik terhadap bentuk tubuh badan mereka setelah melahirkan zuriat mereka.

Sedarkah kita kaum ibu, apabila melahirkan anak, 
warna aerola atau sekitar kawasan nipple akan berubah menjadi gelap dan makin ramai anak yang dilahirkan maka akan lebih gelap kawasan tersebut dan ada yang berubah kepada warna kehitaman.  Memang benar ada wanita yang melalui fasa yang sedikir getir apabila menyusukan anak, bentuk payudaranya hilang keanjalan. Namun bukan semua melalui fasa ini.

Jika kita mengambil langkah awal 
menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan serta penyusuan insyaALLAH masalah perubahan warna puting dan keanjalan akan dapat diatasi.

Percayakah kalian bahawa pengambilan 
Vitamin E 400 iu beserta selenium dan ESP membantu mengatasi masalah ini?

Cuba baca petikan testimoni ini :
" Then search pasal nk tmbh susu tetiba jumpa blog Ita, tu yg try Set F tmbh ESP sbb masa tu br beli vitamin2 dr farmasi. Alhamdulillah.. hari pertama amik ESP dgn Alfalfa susu naik balik kepada 3oz dr 1oz hari sebelumnya. Dua ari lepas tu susu naik lagi dr 3oz kpd 5oz skali pam. Punya la suka.. Masa tu minum ESP 1x sehari dan 2 biji Alfalfa. Pikir nk jimat pun ada gak sbb baru renew insuran dan roadtax keta :)

Lagi satu saya suka (segan nk bgtau ni) sbb nipple lepas bersalin anak pertama tambah gelap.. smp anak ketiga ni lagi gelap.. TAPI sejak amik Vitamin E dr Ita aritu nipple kurang gelap dan skang ni nipple agak cerah (mcm ms blum kawin).. X sangka plak Vitamin E tu blh mencerahkan nipple.. plan amik untuk cantikkan kulit muka je sbb dh mula kusam.. tp result muka dh mula berseri sikit dr sebelumnya dan siap extra benefit lg.. "

ESP membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang baik.
credit to Irnawati

RAMBUT GUGUR... BAGAIMANA MENANGANINYA....?

  
“2- 3 mggu ni rambut gugur, tp mcm bole tahan lagi. tp 2- 3 hari ni, melampau sgt, sekali sikat gugur byk dh mcm pesakit cancer pulak. risau sgt.tu yg terus tanye akak tu. nasib baik akak ade solution. kalau mkn zinc tu, 2 - 3 hari dh ok eh? ~Azreen,new customer set B +ESP
“Rambut i byk gugur skg nie..do u hv any suggestion apa nak makan?” ~Sofia,customer set B +ESP
“kak, i have hair loss too, everyday lepas mandi, even when my hair is down, rambut ku always gugur-gugur saja... does eating these vitamins would help?.... Atiqah, new customer SET B from Brunei.
ni soalan entah dah berapa kali entah...tak ingat daa..dan kebiasaannya datang dari ibu yang baru lepas bersalin...…ada yang 2 bulan lepas bersalin...ada yang 5 bulan..setahun..yang dah 3tahun nampak kesan yang teruk amat..pun ada gak...
Masalah rambut gugur menandakan diet seharian ibu tidak mengandungi zinc yang cukup untuk menampung keperluan menyusu si anak dan keperluan tubuh si ibu. Disamping itu pemakanan yang tidak seimbang juga punca kepada rambut gugur ..supplement Zinc penting dan banyak membantu pertumbuhan rambut serta menguatkan kutikel rambut. Sebiji vitalea Shaklee mengandungi 7.5mg zinc....tapi tak cukup untuk membekalkan keperluan zinc yang diperlukan badan si ibu(hamil/menyusu).. Tahukah anda perempuan yang hamil dan menyusu memerlukan 11-12 mg zincdalam diet seharian mereka..jadi pengambilan tambahan zinc terutama dlm pantang sangat membantu mempercepatkan proses baik luka dan mengelakkan masalah rambut gugur ….
….sumber zinc yang tertinggi ialah hati ginjal(lembu,ayam), tapi fikir2 balik..Nabi tak galakkan kita makan organ dalaman....nnt otak lembap (sebab kepekatan toksin tinggi dalam hati ayam...haa..bengap kang jadinye kita ni..dah ingat, ianya juga disalurkan pada anak kesayangan kita!) .mari baca makanan2 yang mengandungi tinggi kandungan zinc...rujukan:infosihat
Makanan
Kandungan Zink mg/100g
Hati, ginjal (lembu,ayam)
4.2 - 6.1
Daging (lembu, khinzir)
2.9 - 4.7
Ayam, daging
1.8 - 3.0
Makanan laut
0.5 - 5.2
Telur(ayam, itik)
1.1 - 1.4
Hasil tenusu (susu, keju)
0.4 - 3.1
Bijirin
2.9 - 7.8
Kekacang
1.0 - 2.0
Bijirin Penuh
0.5 - 3.2
Bijirin Halus
0.4 - 0.8
Roti (gandum, ragi)
0.9
Tapai
0.7
Ubi-ubian
0.3 - 0.5
Sayur-sayuran
0.1 - 0.8
Buah-buahan
0 - 0.2
.kebiasaannya kita digalakkan makan ikan haruan selepas operate/lepas pantang..sbb dlm ikan haruan kandungan zinc tinggi..tapi mungkin zat yang diserap badan tidak cukup.ataupun dah musnah … Sebab tu Set C Trial pek Shaklee 40 days mengandungi supplemen zinc di samping supplemen2 asas yang sama seperti set yang lain…Set C bukan je untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin..tapi sesuai buat mereka yang mempunyai tanda putih di kukujari,kurang selera,muka pucat,kulit bermasalah,mudah kene demam,masalah rambut gugur...
Habis tu makan zinc sepanjang 40 hari ni je ke?..Bagi saya bergantung dengan keperluan individu….bagi ibu yang sihat dan normal serta pembesaran anak hasil dari susuibu sangat memberansangkan maka …boleh je ibu2 concentrate dengan empat supplemen asas tu sahaja : vitalea (multivit with iron), Soy Protin-as energizer and maintain milk production, asas sel (protin) mencantikan kulit, kuku dan rambut
Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni? Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.

Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak.

Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak). Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:

1.Bayi selalu meragam
2.Bayi kembung
3.Najis bayi menjadi kehijauan
4.Bayi tak kenyang
5.Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
6.Bayi kerap sangat berak

Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

1.Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
2.Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
3.Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
4.Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

#Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
1. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
2. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
3. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Jadi ibu-ibu terutama ibu baru, jika menghadapi masalah2 seperti di atas, periksa penyebab seperti yang saya senaraikan, adalah antara penyebab tersebut yang ‘kena’ dengan anda. Jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, berat badan tak naik, poo-poo hijau… bukan tanda susu tak cukup tapi foremilk anda mungkin terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat dapat hindmilk, perut dah penuh.

Dapatkan set penyusuan special, beserta tips istimewa tambah susu. Hubungi saya di june261177@gmail.com atau sms 012 6160671 sekarang!
credit to metrobestmom.

Sunday 7 August 2011

Alternatif terbaik kepada multivitamin dan mineral sintetik

Kepada ibu-ibu yang mengalami masalah kesihatan semasa pregnant atau selepas bersalin, kami ada alternatif terbaik untuk anda semua.
Sila sms kepada 012 6160671 atau email kepada june261177@gmail.com